Selamat Datang Ke Portal SMITI At-Taqwa
Di mana pembelajaran berteraskan Al-Quran dan Sunnah melahirkan tokoh-tokoh Islam yang professional dan berbudi kepada masyarakat.
Di mana pembelajaran berteraskan Al-Quran dan Sunnah melahirkan tokoh-tokoh Islam yang professional dan berbudi kepada masyarakat.
4 Ogos - Perjanjian persefahaman antara Fakultas Psikologi, UIN Ar-Raniry, Acheh Indonesia dan SMITI At-Taqwa berlaku dengan kehadiran 20 mahasiswa dan seorang pegawai pengiring. Perjanjian persefahaman ini membolehkan penempatan pelajar praktikal UIN di SMITI At-Taqwa di samping menyediakan peluang kepada pelajar SMITI At-Taqwa untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi di UIN Ar-Raniry.
26 September - Kumpulan nasyid sekolah, Zaiydan membawa pulang gelaran naib juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM 1 000 di Karnival Mahabbah Rasul anjuran Masjid Wustha, Guar Chempedak. Pertandingan ini melibatkan 7 buah sekolah seluruh Kedah.
2 Oktober - Usrah Guru yang dikendalikan naqib, Ustaz Nasrun Bin Othman merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah bertajuk "Perjuangan dan Toleransi" berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah. Usrah ini memberi fokus kepada sikap bertolak ansur dengan perbezaan pendapat dan kepentingan perjuangan pendidikan rabbani.
LOKASI
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam At-Taqwa,
Kampung Sungai Bongkok, Batu 3,
08300, Gurun,
Kedah Darul Aman.