Pelan Hafazan Berfokus bermula dengan fasa Pengukuhan Hafazan Al-Quran melalui program Saba' Ulang dan Penstrukturan Kumpulan Bersasar. Saba' Ulang berpaksikan hafalan Al-Quran dihantar 2 kali ganda kebiasaan saba' murid. Penstrukturan Kumpulan Bersasar ialah pengkelasan murid kepada 5 kategori mengikut tahap hafazan masing-masing.
Fasa kedua iaitu Penjiwaan Hafazan Al-Quran dilaksanakan melalui Halaqah Penghayatan Al-Quran melalui mekanisma Usrah Berfokus Al-Quran dan Ransangan Pencapaian Murid 1.0. Usrah Berfokus Al-Quran ialah program bersasarkan Al-Quran yang dilaksanakan oleh guru usrah berlandaskan tema yang ditetapkan oleh guru Penolong Kanan Al-Quran. RPM 1.0 pula ialah ransangan berbentuk penghargaan saguhati kepada guru dan pelajar sekiranya pelajar tersebut berjaya menyelesaikan sasaran hafazan pada fasa ini.
Fasa ketiga Peningkatan Momentum Al-Quran menjurus kepada peningkatan kualiti bacaan dan hafazan murid. Bagi merealisasikan fasa ini, penyediaan dan analisis data Al-Quran secara sistematik menjadi mekanisma utama melalui paparan grafik pencapaian murid pada papan informasi dan analisis Headcount.
Ujian Tahriri
Ujian Tahriri merupakan rutin bagi setiap pelajar yang menghafal Al-Quran. Di samping menghafal, mereka juga perlu mengingati cara menulis ayat-ayat suci Al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Kaedah ujian sebegini melatih pelajar menguasai Bahasa Arab dengan menulis semula ayat-ayat Al-Quran yang dihafal. Ujian ini memiliki banyak kategori mengikut juzu' yang dihafal oleh para pelajar seerti kategori Iqra, Juz 30 dan surah-surah pilihan, Juz 1 - 3, Juz 4 - 6 dan Juz 1 - 10.