PENGENALAN
Diasaskan pada tahun 2018, kami memiliki wawasan bahawa pendidikan berteraskan penghayatan Al-Quran, Hadis, Dini (Agama), Turath dan KSSM mampu melahirkan generasi soleh yang menjadikan taqwa sebagai asas kejayaan dalam kehidupan bermasyarakat.
Melalui gagasan 'Memperkasa Sunnah, Melestarikan Transformasi Sahsiah' pada tahun 2024; SMITI At-Taqwa mengutamakan gaya hidup sunnah yang meresap ke dalam jiwa pelajar sebagai asas kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Merealisasikan da'ie berakhlak dan berbudi.
Membimbing generasi remaja islam ke arah melahirkan ulama’ dan umara’ yang hafiz berprofesional.
OBJEKTIF
Melahirkan para huffaz berilmu, beramal dan bertaqwa.
Melahirkan para huffaz yang cemerlang dalam bidang diniah dan akademik.
Melahirkan para huffaz yang profesional, berketrampilan, mahir dan mampu menghadapi cabaran globalisasi.
Menjadi pusat tarbiah generasi huffaz yang dapat menghayati dan memperjuangkan tuntutan Al-Quran dalam kehidupan ummah.