28 Oktober 2024 - Tajaan RM 1 000 daripada Sofwah Arabic Grill, Gurun Kedah sebagai dana Kem Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMITI At-Taqwa bersama Jabatan Amal Malaysia. Sebagai penghargaan, pihak sekolah telah membuat promosi syarikat melalui video-video Tiktok dan Facebook dengan capaian 10 000 tontonan.
6 Disember 2024 - Tealive Gurun menaja 200 cawan minuman percuma bersempena Karnival Taqwa 2.0 pada malam ceramah Ustaz Manis yang dihadiri lebih 500 orang. Pihak sekolah menyediakan ruang kiosk bagi pihak Tealive pada malam tersebut dan membuat dua video promosi sebagai tanda penghargaan.
7 September 2024 - Tajaan bahan mentah bagi keperluan dapur sekolah dan sumbangan RM 1 000 bagi keperluan MISMA peringkat kebangsaan 2024 di Kelantan oleh Restoran Top D' Gurun, Kedah. Sebagai menghargai sumbangan, pihak sekolah telah menyediakan plak penghargaan dan video promosi dengan 5 000 capaian tontonan umum di media Tiktok dan Facebook.