Al-Quran
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Sains
Usuluddin
Syariah Islamiah
Lughatul Arabiah Mu'asarah
Hadis
Jawi
Tajwid
Usul Fiqh
Imlak
Pendidikan Seni Visual
Al-Quran
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Sains
Fiqh
Tafsir
Tauhid
Hadis
Tarikh Adab
Balaghah
Nahu
Insya' Mutholaah
Tasawwur Islam
Pendidikan Seni Visual
Al-Quran
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Sains
Bahasa Arab
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Kurikulum Tahfiz Al-Quran
Kurikulum ini digubal untuk memastikan pelajar dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di peringkat sekolah menengah. Strategi untuk mencapai matlamat ini:
Pentaksiran berterusan melalui ujian Syafawi dan ujian Tahriri.
Insentif berbentuk ganjaran pelancongan bagi pelajar yang mencapai sasaran tahunan.
Kurikulum KSSM
Pelaksanaan KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mengutamakan subjek teras; bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Tasawur Islam. Penilaian subjek melalui peperiksaan memperuntukkan markah bertulis (100%), sahsiah (40%), amali (30%) dan lisan (30%) dengan jumlah 200% markah.
Kurikulum Bersepadu Dini KBD
Melalui KBD, murid akan mempelajari subjek agama dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar meningkatkan penguasaan bahasa mereka dan seterusnya boleh menyambung ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang mendapat pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Pelajar tingkatan 4 juga wajib mengambil Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bermula tahun 2022.
Kurikulum SMITI
Kurikulum SMITI merupakan kurikulum yang dirangka peringkat SMITI Malaysia dan peringkat SMITI Kedah. Subjek Fikrah Islamiyyah, Fiqh Dakwah dan Fiqh Siyasah diperkenalkan untuk melahirkan dai'e berketrampilan. Sebagai SMITI Al-Quran dan Sunnah, subjek Hadis juga diajar pada peringkat menengah rendah bermula tingkatan 1 sehinnga 3.
Turath
Turath bermaksud warisan. Kitab Turath bermaksud kitab warisan. Ilmu warisan ini dikarang ulama-ulama muktabar seperti imam Syafie, imam Malik, imam Ghazali, imam Ibnu Hajar, imam Bukhari dan sebagainya.
Kitab-kitab Turath ini merupakan sumber primer yang diambil terus dari penulis asal tanpa diolah, disaring dan ditapis oleh mana-mana individu perantara. Antara subjek Turath ialah Tauhid, Fiqh, Tasauf, Adab dan Sirah.