Hubungan kerjasama antara sekolah dengan sekolah lain dalam negara dengan melaksanakan aktiviti berfokuskan bidang Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Pengurusan. Jaringan dan jalinan antara sekolah-sekolah, badan-badan kerajaan dan swasta perlu dibuat demi kemenjadian pelajar. Kepentingan hubungan ini dapat melahirkan insan yang lebih berkebolehan, berketrampilan, berkeyakinan tinggi dan mudah mempelajari ilmu baru melalui program yang dijalankan.