Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, jaringan di peringkat antarabangsa menjadi semakin mudah dan semakin penting. Perkongsian ilmu dan pengalaman antara pendidik dan pelajar menghasilkan penyelesaian bagi masalah global secara lebih cekap. Pengalaman ditimba di persada antarabangsa mampu mematangkan fikiran, cara kerja pendidik dan pembinaan karakter seorang pelajar Islam. Justeru, kami percaya hubungan kerjasama antara SMITI At-Taqwa dengan sekolah di luar negara atau sekolah antarabangsa di Malaysia dengan melaksanakan aktiviti kurikulum atau kokurikulum sama ada secara bersemuka atau maya menjadi salah satu keutamaan dalam aspek pendidikan hari ini.
Pada 27 September 2021, Ustaz Irhamshah Putra selaku kepsek pesantren sudi menjalin hubungan dengan SMITI At-Taqwa melalui program "Ucapan Sulung Pengetua dan Kepsek". Antara program pembelajaran yang ditawarkan di sini ialah program tahfiz 30 juzuk, program KBM (SMP - SMA) dan program pondok melibatkan subjek seperti Tauhid, Fiqh, Akhlak, Bahasa Arab, Hadis dan Qhisasul Anbiya'.
Diasaskan oleh Habib Husin Bin Abdul Rahman Al-Habshi, sekolah yang terletak di Tarim ini menawarkan pengajian Tahfiz Al-Quran, Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan ilmu alat. Pelajar lepasan SMITI At-Taqwa yang berminat menyambung ke sekolah ini perlu mengikuti kursus persediaan selama 3 bulan sebelum berlepas ke sana.
Universiti ini menawarkan tajaan pengajian percuma kepada pelajar-pelajar SMITI At-Taqwa yang menghafal 30 juzuk al-Quran. Menawarkan pengajian bidang matematik, perubatan, ekonomi dan psikologi, jalinan kerjasama terjalin antara dua institusi ini pada 4 Disember 2023.