Pada tahun 2024, kami mensasarkan pembangunan fasiliti dan kemudahan sekolah yang memberi manfaat bukan sahaja kepada warga sekolah malahan kepada komuniti sekitar Gurun, Kedah. Pembangunan kemudahan merangkumi aspek kecergasan fizikal dan kemajuan intelektual. Bagi mencapai hasrat ini, kami meraikan semua pihak yang sudi membeli pakej penajaan yang kami tawarkan demi kepentingan bersama.
Menelan perbelanjaan sekitar RM 10 000 dengan keluasan sebanyak 50 x 40 kaki, projek pagar gelanggang futsal ini diperlukan bagi menjamin keselesaan para pelajar bermain aktiviti sukan.
Dalam merealisasikan suasana sunnah kondusif, monumen yang akan menjadi mercu tanda keunggulan al-Quran ini akan menambah nilai promosi sekolah sebagai sebuah institusi yang menjunjung tinggi ilmu qurani.
Projek menaik taraf surau SMITI At-Taqwa ini akan menjadi pusat pengumpulan bahan rujukan pengajian al-Quran dan Hadis. Projek yang menelan belanja sebanyak RM 100 000 ini akan mendukung matlamat sekolah sebagai SMITI aliran al-Quran dan Sunnah.